Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk yang Maha Esa. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Tuhan Sekalian Alam. Alhamdulillah!
KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA IPT ASEAN
Baru-baru ini, saya telah menyertai sebuah program yang saya kira cukup memberi impak besar dalam pemikiran saya sebagai seorang pemuda @ belia. Program yang bercorakkan Islami ini telah banyak menerangkan betapa besarnya peranan seorang anak muda dalam menggerakkan seluruh negara. Suatu ketika dahulu, saya pernah terbaca ungkapan ini " Anak muda masakini merupakan corak pemerintahan negara akan datang ". Betapa penting dan besarnya peranan seorang pemuda dalam konteks masyarakat dan juga dalam ruangan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara. Melimpah ruah ilmu yang sangat berharga yang saya dan rakan-rakan perolehi hasil daripada pembentangan-pembentangan yang cukup mantap lagi padat pengisiannya.
UCAPTAMA PROF. DATO DR SIDEK BABA
Pada permulaan program, ucaptama daripada seorang tokoh yang cukup hebat, seorang pensyarah yang kini bertugas di UIAM, gombak dan dalam masa yang sama menjadi Lembaga Pengarah di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu dan di beberapa agensi agama yang lain. Beliau sudah mula berkecimpung dalam medan dakwah ini sekitar tahun 70-an. Bermulanya agenda dakwah dalam kamus hidupnya adalah ketika beliau mengetuai tampuk kepimpinan di UM ketika beliau menjadi penuntut disana. Perkongsiannya cukup santai tetapi cukup menusuk dalam hati seorang da'ie. Beliau amat menekankan bahawa kami, pemuda pemudi, adalah AGEN kepada transformasi ummah. Untuk menaikkan Islam, anak muda lah yang harus bergerak hebat, mengatur langkah dan strategi. Teringat akan janji ALLAH SWT, antara 7 golongan yang akan berda di bwaha arasyNYA di akhirat kelak, salah satu daripada mereka yang bertuah ini adalah ANAK MUDA YANG TEKUN BERIBADAH KEPADA ALLAH. Subhanallah! Betapa beruntungnya kita andai masa muda kita digunakan untuk Islam.
Teringat akan pemuda-pemuda hebat di zaman Rasulullah S.A.W. dan di zaman kegemilangan Islam suatu ketika dahulu seperti Saidina Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah, Sultan Muhammad Al-Fateh, Sultan Salahuddin Al-Ayyubi dan ramai lagi. Kesemua mereka mempertaruhkan masa muda mereka untuk menaikkan dan memenangkan Islam. Masa muda mereka tidaklah mereka habiskan seperti anak muda lain. Saat anak muda lain berpusu-pusu mengejar kenikmatan dunia, mereka bertungkus lumus merancang dan mengatur langkah dengan mengerah dan mengarah akal untuk berfikir akan strategi bagaimana untuk menyebarkan Islam. Inilah pemuda-pemuda ululalbab yang Allah sebutkan di dalam kitabNYA. Menjadi pemdakwah muda bukanlah perlu ketayap di atas kepala, bukanlah perlu berjubah sepanjang masa, tidaklah memegang Al-Quran setiap ketika, akan tetapi seorang pendakwah muda itu adalah seorang yang seimbang ilmu INSANIAH dan juga ilmu DEENIAH dalam dirinya. Sebagai contoh Ibn Sina, seorang tokoh ilmuan Islam yang hebat dalam bidang perubatan sehingga karyanya dijadikan sumber utama rujukan oleh para-para saintis Barat selama lebih 600 tahun dalam bidang perubatan. Adakah Ibn Sina hanya hebat dalam bidang perubatan? TIDAK! Beliau sudah mula menghafaz Al-Quran ketika kecil dan menjadi seorang hafiz 30 juz' Al-Quran ketika berumur 10 tahun! Nah! Beginilah pendakwah yang hebat! Padu ilmu insaniahnya dan juga ilmu agamanya.






.gif)
