Monday, 28 January 2013

Permulaan sebuah pengembaraan..

بسم الله الرحمن الرحيم     

Pertama kali mendalami apa itu Islam, hatiku terdetik, seindah inikah Islam. Walau sebenarnya telah lama agama ini aku anuti, akan tetapi, tidak ada tarikannya yang kurasakan sehingga kesaat ITU... Aku cuba mencari dimana silapnya hidupku sehingga aku tidak mampu melihat betapa indahnya Islam agama yang aku anuti. Namun, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan hidayah oleh ALLAH untuk berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmatNYA. Aku dibesarkan dengan cukup kasih sayang. Ibuku seorang suri rumah sepenuh masa dan ayahku seorang pengurus undang-undang. Alhamdulillah segalanya cukup serba serbi. Bermulanya sebuah pengembaraanku adalah apabila aku mula mendalami Islam dan mengetahui tanggungjawabku sebagai seorang muslimah yang berpegang dan beri'tiqad dengan kalimah Lailaha illallah MuhammadurRasulullah.

matahari mula meninjau alam

Penemuanku dengan seorang hamba Allah yang kurasakan sangat ketara pengabdiannya pada yang Maha Esa cukup menjentik hati ini bahawa hidup yang selama ini kurasakan kosong dan tercari-cari mana hala tujunya, kini sedikit demi sedikit terisi dan kurasakan setiap saat yang berlalu lebih bermakna. Kehadiraannya bak matahari di pagi hari yang menerangi alam tatkala seluruh manusia ingin keluar mencari rezeki. Aku bersyukur akan kehadirannya dengan izin ALLAH. Alhamdulillah. Namun, jalan yang kulalui ini jauh daripada sangkaan awalku. Kusangkakan jalan ini akan mudah untukku lalui. Tapi........amat sukar sekali untukku hadapi. Serasa tidak mampu untukku menempuhinya. Tapi saat diri hampir jatuh dilubang yang sama, kehadiran sahabat-sahabat syurga yang dihantar oleh ALLAH kembali menguatkan aku. Teringat aku akan seorang sahabatku yang luarannya cukup merendah diri, akan tetapi hamasah dilontarkan khas buat aku, terus menyelinap ke ruang paling dalam di qalbu ku yang menyedarkan aku bahawa ALLAH sentiasa ada dekat dengan hamba2NYA. ALLAH tidak akan pernah mengecewakan hambaNYA. TIDAK AKAN! ALLAH sentiasa ada dekat dengan hambaNYA. Seringkali aku hampir gugur dan tersungkur dari jalan ini, ingatanku terus pada kalamNYA yang mampu memujuk rayu qalbuku yang resah gelisah dan jiwaku yang berkecamuk tak menentu.

surah Al-baqarah ayat 286

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Inilah kata-kata cinta dan kata-kata azimatku buat penguat jiwa dan bagiku hamasah paling terkesan sepanjang hidupku, alhamdulillah. YA! ALLAH tidak akan pernah menguji seseorang melebihi kadar kemampuannya. Sedarlah aku kini, bahawa setiap manusia mempunyai pilihan atas setiap perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah. Bagiku, pengembaraan baru bermula. Udara yang selama ini aku resapi dalam setiap inci anggota tubuhku, kurasakan adalah suatu pembaziran kerana tiada roh Islam bersamanya. Ayuh, bersama kita mengorak langkah menjadi yang lebih baik dan semakin baik, inshaaAllah. ^_^


kubu seorang pahlawan Islam

Alhamdulillah, my first entry. 

No comments:

Post a Comment