Tuesday, 29 January 2013

Menjadi muslimah,, sukarkah?




dear ALLAH, I need YOU..
              

Alhamdulillah. Segala puji bagi Yang Maha Esa atas segala nikmat dan kurniannya kepada kita. Semoga kalian dan diriku berada dalam keadaan sejahtera dan di bawah naungan keredhaanNYA. 



muslimah itu tidak memandang dan tidak pula dipandang..

            Sebagai seorang muslimah, seringkali kita diperdengarkan dengan kisah-kisah yang menyedihkan di dada-dada akhbar. Tidak kurang juga ada yang boleh dilabelkan sebagai satu tindakan yang tidak bermoral dan tidak berperikemanusiaan oleh sesetengah pihak kepada kaum muslimah sekalian. Salah siapakah sebenarnya yang menyebabkan kejadian seperti ini terjadi dan berulang dan terus berulang seperti tiada hentinya? Seringkali kita mendengar ada pihak yang mengatakan ianya salah kaum muslimah. Ayuh, kita periksa kembali kehidupan kita sebagai seorang muslimah, bagaimanakah cara hidup seorang muslimah sebenar agar kita tidak diganggu selamat daripada semua bahaya itu? Jawapannya hanya satu.. ISLAM. Ya, Islam adalah cara hidup terbaik untuk seorang muslimah yang ingin selamat daripada segala bahaya. Bukan hanya muslimah malah setiap manusia yang bernyawa, Islam adalah satu cara hidup yang terbaik untuk mereka, kita, kamu, saya dan SEMUA... 

            Kehidupan seorang muslimah bukanlah sukar sepertimana yang dibisikkan oleh syaitan laknatullah dalam diri seorang insan yang bergelar wanita. Perkara pertama yang amat penting untuk dititikberatkan adalah hubunga kita dengan Rabbina (Tuhan kita). Bagaimana solat kita? Diawal waktukah? Atau diantara dua waktu solat? Bagaimana bacaan surat cinta kita? Setiap harikah kalam cintaNYA meniti di bibir kita? Atau hanya seminggu sekali? Persoalan-persoalan ini tidak mahu tidak, perlulah sentiasa ditanya pada diri agar kita bisa menjadi hambaNYA yang lebih baik. Tak perlu tempat yang khusus, tak perlu material yang banyak, tak perlu accessories dan sebagainya. Kita hanya perlukan niat yang ikhlas semata-mata keranaNYA dan sentiasa meletakkan pergantungan kita kepadaNYA.

bagaimana dengan AURAT?????

            Ramai wanita era kini mempertikai kenapa seorang muslimah tidak diberi kebebasan untuk berfesyen mengikut peredaran zaman dan mengikut citarasa sendiri? Kenapa dan kenapa? Persoalannya disini bukan mengapa atau kenapa, akan tetapi persoalannya adalah SIAPAkah kita yang ingin mempersoalkan perintah ALLAH Tuhan sekalian alam? Ayuh kita buka satu persatu simpulan persoalan di benak hati kita dengan jawapan-jawapan yang sebenarnya ada pada diri kita.


muslimah itu UNIK !

Apa gunanya hijab bagi seorang muslimah? Setelah apa yang saya dengar daripada sahabat-sahabat dan juga daripada beberapa orang mu'allim, dapatlah saya simpulkan beberapa perkara tentang fungsi hijab bagi seorang muslimah:


  1. Tidak lain tidak bukan sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai seorang hamba yang hina kepada pencipta kita, ALLAH Yang Maha Berkuasa.
  2. Untuk membezakan kita dengan wanita lain didunia ini.

    QS. Al-Ahzab: 59, “Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istri, anak-anak perempuan dan istri-istri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali, oleh sebab itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.”

     Datangnya agama Islam ketika darjat dan maruah seorang insan yang digelar wanita diletakkan di tempat yang sangat rendah dan sangat hina bahkan tidak layak ditempatkan untuk seorang manusia. Datangnya Islam telah mengangkat darjat seorang muslimah ke tempat yang lebih tinggi dan mulia. ALLAH ingin meletakkan darjat dan kemuliaan seorang muslimah itu tinggi dan amat berharga, takkan kita pula mahu merendahkan maruah kita yang telah diangkat tinggi oleh Islam, kan kan kan??? :)

  3. Untuk melindungi diri kita daripada qalbu-qalbu yang didalamnya terdapat penyakit yang berbahaya. Dengan bantuan makhluk-makhluk laknatullahi 'alaihim (syaitan), mereka yang qalbunya berpenyakit ini akan melakukan apa sahaja mengikut kehendak nafsu geloranya.

    Mujahid rahimahullah berkata: Ketika perempuan menghadap ke depan (datang) maka syaitan duduk di atas kepalanya lalu menghiasinya untuk orang yang melihatnya, dan ketika perempuan itu menghadap ke belakang (pergi) syaitan duduk di atas bahagian belakangnya lalu ia memperindahnya untuk orang yang melihatnya. (Al-Qurthubi, Al-Jami' li Ahkaamil Quran juz 12/ 227).

    Syaita akan sentiasa berada dekat dengan kita, duhai muslimah sekalian, agar kita sentiasa kelihatan menarik pada pandangan lelaki-lelaki ajnabi. Oleh itu, labuhkanlah jilbabmu dan hijabmu sehingga dirimu terlepas daripada permainan syaitan ini.

    Firman Allah dalam surah an-Nisa': 31:-
    "Dan janganlah mereka (wanita Muslimah) menzahirkan perhiasan mereka melainkan bagi suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak lelaki mereka, anak lelaki suami mereka, saudara lelaki mereka, anak lelaki bagi saudara lelaki mereka, anak saudara lelaki mereka, anak lelaki bagi saudari perempuan mereka, atau wanita-wanita mereka."
         
KESIMPULANNYA????

Segala suatu masalah yang berlaku di sekeliling kita, pasti juga penyelesaiannya ada di sekeliling kita. ALLAH tidak akan memberi masalah yang tiada penyelesaian. Duhai muslimah, peliharalah dirimu! Turutilah perintah Tuhanmu! Litupilah auratmu! Nescaya kau, aku, kita dan mereka akan jauh daripada segala anasir-anasir jahat dunia akhir zaman ini kerana kita berada di dalam perlindunganNYA, inshaaAllah.



kerana dirimu begitu berharga..!! ^_^

Akhir kalam daripada saya, siapa kata muslimah tak boleh berfesyen? Jawapannya boleh! Tetapi ada batas syariatnya yang perlu dijaga. Susah??? Memang susah!! Tapi ALLAH kata disetiap kesusahan itu pasti ada kesenangan, inshaaAllah. Jaga diri, jaga qalbu, jaga iman, jaga mata, jaga setiap anggota tubuh badan kita kerana ini semua hanyalah pinjaman dari Yang Maha Esa dan boleh diambil pada bila-bila masa oleh Pemiliknya. Manfaatkan sebaik mungkin masa dan tenaga kita. 

Monday, 28 January 2013

Permulaan sebuah pengembaraan..

بسم الله الرحمن الرحيم     

Pertama kali mendalami apa itu Islam, hatiku terdetik, seindah inikah Islam. Walau sebenarnya telah lama agama ini aku anuti, akan tetapi, tidak ada tarikannya yang kurasakan sehingga kesaat ITU... Aku cuba mencari dimana silapnya hidupku sehingga aku tidak mampu melihat betapa indahnya Islam agama yang aku anuti. Namun, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan dan hidayah oleh ALLAH untuk berada dalam limpahan kasih sayang dan rahmatNYA. Aku dibesarkan dengan cukup kasih sayang. Ibuku seorang suri rumah sepenuh masa dan ayahku seorang pengurus undang-undang. Alhamdulillah segalanya cukup serba serbi. Bermulanya sebuah pengembaraanku adalah apabila aku mula mendalami Islam dan mengetahui tanggungjawabku sebagai seorang muslimah yang berpegang dan beri'tiqad dengan kalimah Lailaha illallah MuhammadurRasulullah.

matahari mula meninjau alam

Penemuanku dengan seorang hamba Allah yang kurasakan sangat ketara pengabdiannya pada yang Maha Esa cukup menjentik hati ini bahawa hidup yang selama ini kurasakan kosong dan tercari-cari mana hala tujunya, kini sedikit demi sedikit terisi dan kurasakan setiap saat yang berlalu lebih bermakna. Kehadiraannya bak matahari di pagi hari yang menerangi alam tatkala seluruh manusia ingin keluar mencari rezeki. Aku bersyukur akan kehadirannya dengan izin ALLAH. Alhamdulillah. Namun, jalan yang kulalui ini jauh daripada sangkaan awalku. Kusangkakan jalan ini akan mudah untukku lalui. Tapi........amat sukar sekali untukku hadapi. Serasa tidak mampu untukku menempuhinya. Tapi saat diri hampir jatuh dilubang yang sama, kehadiran sahabat-sahabat syurga yang dihantar oleh ALLAH kembali menguatkan aku. Teringat aku akan seorang sahabatku yang luarannya cukup merendah diri, akan tetapi hamasah dilontarkan khas buat aku, terus menyelinap ke ruang paling dalam di qalbu ku yang menyedarkan aku bahawa ALLAH sentiasa ada dekat dengan hamba2NYA. ALLAH tidak akan pernah mengecewakan hambaNYA. TIDAK AKAN! ALLAH sentiasa ada dekat dengan hambaNYA. Seringkali aku hampir gugur dan tersungkur dari jalan ini, ingatanku terus pada kalamNYA yang mampu memujuk rayu qalbuku yang resah gelisah dan jiwaku yang berkecamuk tak menentu.

surah Al-baqarah ayat 286

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)
Inilah kata-kata cinta dan kata-kata azimatku buat penguat jiwa dan bagiku hamasah paling terkesan sepanjang hidupku, alhamdulillah. YA! ALLAH tidak akan pernah menguji seseorang melebihi kadar kemampuannya. Sedarlah aku kini, bahawa setiap manusia mempunyai pilihan atas setiap perkara yang dilakukan di atas muka bumi ini. Alhamdulillah. Bagiku, pengembaraan baru bermula. Udara yang selama ini aku resapi dalam setiap inci anggota tubuhku, kurasakan adalah suatu pembaziran kerana tiada roh Islam bersamanya. Ayuh, bersama kita mengorak langkah menjadi yang lebih baik dan semakin baik, inshaaAllah. ^_^


kubu seorang pahlawan Islam

Alhamdulillah, my first entry.